Friday, July 31, 2009

Mari solat menuju kejayaan
Rahsia mengerjakan solat.

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati ALLAH.

"Sesungguhnya Akulah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku"
(Surah Taha: 14)

2.Solat dapat menghapuskan dosa

"Sembahyang 5 waktu dan sembahyang jumaat hingga jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar."
(Hadis Riwayat Muslim)

3.Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

"...sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) ALLAH mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut: 45)

4.Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan hidup.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya" (Surah al-Mukminun: 1-2)

5.Solat dapat melatih jasmani/fizikal dan baik untuk kesihatan diri.

6.Solat dapat melatih diri menjaga kebersihan dan kesucian.

"Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mendirikan solat (pada hal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah iaitu membasuh muka kamu dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga ke buku lali. Dan jika berjunub (berhadas besar), maka bersucilah dengan mandi wajib".

-ubai-

Friday, July 17, 2009

Bahaya lisan

Bahaya Lisan (Lidah)
www.iluvislam.com
Oleh : tengkujuh
mawaryangtinggi

Telah bersabda Rasulullah S.A.W Kepada Saidina Ali: "Hai Ali! Allah Ta'ala tidak menciptakan sesuatu pada tubuh manusia yang lebih utama daripada lisan. Ia dapat membuat orang masuk syurga dan dapat menyebabkannya masuk neraka. Kerana itu, jagalah lisanmu, sesungguhnya dia adalah bagaikan anjing gila."


KETERANGAN

Seorang cendekiawan berkata:

"Jasad manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: HATI,LIDAH dan anggota badan lainnya. Allah memuliakan masing-masing bahagian. Memuliakan hati adalah dengan makrifat dan tauhid, dan memuliakan lisan dengan kesaksian bahawa "Tiada Tuhan kecuali Allah" dan membaca Al-Quran, sedangkan kemuliaan anggota badan yang lain adalah dengan solat,puasa dan ibadah-ibadah lainnya.

Masing-masing bahagian itu ada pengawas dan pemeliharanya. Hati diawasi oleh Allah SWT sendiri, sehingga tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalamnya, kecuali Allah SWT. Pemeliharaan lisan diserahkan kepada Malaikat pencatat amal dimana Allah SWT berfirman dalam Surah Qaaf: Ayat 18 yang bermaksud: "TIADA SESUATU UCAPAN PUN YANG DIUCAPKANNYA, MELAINKAN ADA DIDEKATNYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SELALU HADIR". Sedangkan pemeliharaan anggota badan yang lain, diserahkan pada perintah dan larangan. Masing-masing itu harus jujur.

Kejujuran hati adalah tetap beriman, tidak dengki, tidak berkhianat dan tidak membuat tipu daya. Kejujuran lisan tidak menghina/mengumpat, tidak bohong dan tidak mengucapkan hal-hal yang tidak berguna. Sedangkan kejujuran anggota badan lainnya adalah tidak maksiat kepada Allah SWT dan tidak mengganggu sesama muslim.

Barang siapa hatinya tergelincir, maka ia munafik. Barangsiapa lisannya tergelincir, maka ia kafir. Dan barangsiapa anggota badannya tergelincir, maka ia orang yang durhaka.

Allah SWT menciptakan makhluk ini ada yang memilki lidah(lisan) yang dapat berbicara dan ada yang tidak memiliki lisan.

11 jenis manusia didoa malaikat..

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

www.iluvislam.com
Mohd Zawawi Yusoh
Editor: arisha27


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "






8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Sumber: Harian Metro



--------------------------------------------------------------------------------

Saturday, July 11, 2009

KENAPA orang PEREMPUAN CANTIK PAKAI TUDUNG

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA
2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA
3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK
4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA
5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH
6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA
7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN.
8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA
9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT
10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA
12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT
13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN
14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA
15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI
16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)
18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK
Dan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut
Firman Allah swt,
Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

kisah menarik...

Pada suatu hari,ketika saidina abu bakar ingin mengimami solat jenazah.tiba2 jenazah di hadapan nya yang telah dikafan dengan sempurna bergerak.beliau menyuruh sahabat lain agar tenang.kemudian beliau membuka kain kafan tersebut..lalu terdapat seekor ular sedang melilit leher jenazah.kemudian para sahabat mengambil kayu untuk memukul ular tersebut.tiba2 ular itu bersuara lalu bertanya kepada mereka"kenapa kamu nak pukul aku,aku diperintahkn oleh ALLAH untuk menyeksa jenazah ini"lalu saidina abu bakar brtanya kepada ular tersebut"apakah kesalahan yng dilakukan jenazah tersebut sehingga dia diseksa seperti itu.ular itu pun menjawab.jenazah itu diseksa sedemikian kerana jenazah itu ketika hidup sering mensia-siakan solat(buat tk tau jer ngan solat)

oleh itu,jgnlah kita meininggalkan solat
barang siapa yg meninggalkn solat,maka dia telah meruntuhkn agama.

harap kita dijauhkn drpd azab allah
dan diberi rahmatnya di dunia dan di akhirat.aaaamin

by:ubai

Thursday, July 9, 2009

AL-hadis

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:-


" Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri daripada minta-minta,dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya,akan dibangkitkan oleh ALLAH pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama,dan siapa yang mencari dunia yang halal untuk memperbanyak berbangga dan sombong,akan menemui ALLAH pada hari kiamat sedang ALLAH murka padanya"

Takhrij Hadis:

Hadis ini diriwayat oleh Abu Laith al-samarqandi di dalam TANBIH AL-GHAFILIN,Bab 61,Ibn Abi Syaibah 7/16,Abu Nuaim dalam Hilyah al-Aulia'3/110 dan Ahmad 2/436.

Pengajaran hadis:

-Bekerja adalah perkara yang dituntut dan usaha perlu bagi meneruskan kesinambungan hidup.
-Islam menentang keras budaya malas,ponteng kerja,sikap acuh tak acuh atau sambil lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
-Untuk meniti kecemerlangan,sifat-sifat positif seperti memotivasikan pekerja danmeningkatkan ruh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu dipupuk dalam diri.

Wednesday, July 8, 2009

salam

salam muhibbah..
satu malaysia...

Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">