Saturday, February 4, 2012

10 Wasiat Imam Hassan AL-BANNA

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Hasan al Banna r.a tatkala menjelaskan sifat-sifat peribadi seorang mujadid (pembawa perubahan) mengatakan:
"Aku mampu membayangkan al mujadid itu sebagai seorang laki-laki yang sentiasa membuat persiapannya, menyediakan bekalannya, mampu menguasai fikirannya yang memenuhi segenap sudut jiwanya dan segenap jurusan hatinya, dia sentiasa berfikir, menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap persiapan terus- menerus.
Apabila diseru dia menyahut, apabila dipanggil dia menjawab, pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuk dirinya. Dia tidak mengambil tugas selain dari yang telah diletakkan oleh kehidupan dan tuntutannya ke atasnya dan berjihad di jalannya.
Kamu dapat membaca pada garis wajahnya dan melihat pada kilauan matanya dan mendengar deru gerakan lidahnya segala yang apa yang bergelora didalam hatinya samada dari hawa yang melekat, kesakitannya yang terpendam, segala keazaman yang benar dan bersungguh-sungguh, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh yang sentiasa memenuhi jiwanya."

Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan 2011...

Assalamualaikum kawan2..


pa habaq?? ana harap korng sihat selalu.. insyaallah..


lama kita tk bersua kt laman ni..hehe..tk sempat nk update.. sibuk dgn bljaq..






alhamdulillah lpas ana dpt result SPM ari2..ana sambung study kt KOLEJ MATRIKULASI Kedah kat changlon..nk cita pengalaman hampir 3 bulan disana..mungkin tk tercerita kerana bnyk cita2 yg best kt sna..first time bljaq kt dewan kuliah..perghh..xcited gila..lama dah besa..first time masuk bilik tutorial..smua dok risau cm na la tutorial ni ..last2,dah tau cmna..sng la skit kita nk bljaq kn..


anyway..bnyk gak kawan aku kt sini...huhu...majoriti kwan bru rasanya..skung aku dlm kumpulan SIK4T2A n SIK4P2.. kami bru ja abih exam..haha..exam?? sng or susah?? bnyk kata sng..aku kata " hope so " hehe..doakan result aku elok k..


alhamdulillah skung dah masuk bulan ramadhan..pengalaman pertama berpuasa di perantauan..haha..anyway,best gk..bersahur ngan kawan2..n p jln2 nk cari makan tuk berbuka ngan kawan.. solat terawih berjemaah kt Masjid KMK.. perghh semuanya yg indah..ni mungkin sbb kami cuma da stahun ja tuk belajaq kt sini kot..tk pa..insyaallah..ana nk wat yg terbaik dlm hidup ni..


sebut pasal Ramadhan..arini dah wapa ramadhan?? 5 ramadhan kn..satnya rasa..dah 5 ramadhan.. dlm 5 hari ni..pa yg telah kita wat ya??rasa2 posa kita dlm 5 hari ni cm na??ayuh renungkanlah..ana just nk share,dlm bulan ramadhan ni..jom la kita tmbhkn amalan kita..baca Al-Quran, zikir ,iktikah kt masjid..saolat terawih melewat2kn bersahur..menyegerakan berbuka..bnyk amalan yg leh kita buat dlm bulan.. kita beribadah ngan ibadah fardhu diberi ganjaran sprti 70 amaln fardhu..kita beribadah ngan ibadah sunat dibals ngan amalan fardhu..


subhanaallah..bnykknya nikmat ya Allah berkan kpada kita..hanya kita ja menentukan sama ada kita mau atau tk mau kn..ayuh kita azam tuk jadikan baki ramdhan yang ada tuk beribadah dan menjdikan ramadhan kali ini sbgai ramdhan yg terbaik dlam hidup kita insyaallah..


smoga pertemuan kita kali ni bermanfaat tuk kita semua insyaallah..lps ni..klau ana free kita jumpa lgi diruangan ini k..smga kita mendapat hidayah drpada Yanag Maha Esa..Insyaallah..aaamin..




k..lah..kita jumpa lagi di lain masa..salam ramadhan al-mubarak.. :)


wassalam... (^_^)..















Monday, April 4, 2011

Kerana Ikhlas.

Assalamualaikum buat pembca blog ana ni.. :)


alhamdulillah,result Spm pun sudah diterima,

slps ini merancng pula tuk ke institusi yng mna,

Harap2 buat keputusan yg terbaik tuk abah dan mama,

agar kemudian hari tidak merana..


wah!! berpantun lak..terer tak..hehe.. hentam kromo je tu.. tk pa la..

result yg dpt merupakan ujian tuk kita semua :


Allah bgi kejayaan kepada kita tuk mguji kita sama ada kita still ngan Nya atau kita asyik diulit dgn nikmat dunia semata-mata..


manakala jika Allah membri kegagalan kpda kita :


Allah bg kegagalan kepada kita tuk menguji kita smada kita akan menyalahkan Nya atas sbb kegagalan kita atau kita reda ja ngan apa yg kita peroleh..


setiap kejayaan dan kegagalan kita adalah ujian untuk kita shaja,ttpi org yg disekeliling kita juga..terutamanya,ibu bapa kita , adik,kakak, abng kita jiran serta saudara mara kita...cuba perhatikan keadaan sekeliling kita,

ada yang bangga anak dia berjaya,sehingga lupa siapa yg memberi kejayaan kepada anaknya, bahkan,sering membangga2kan usaha anak2 mereka yg menyebabkan anak2 mereka berjaya..padahal , yg bagi kejayaan itu adalah Allah , usha kita hanya sedikit,ttpi dengan izin ALLAH kita dpt peroleh kejyaan yg diinginkan..


begitu juga dgn kegagalan yg diperoleh oleh kita..jika kita menerimanya dgn reda,alhamdulillah.. jika kita menyalahkan Allah sbb kegagalan kita,itu bahaya..


kita juga perlu sdr apa yg brlaku kepada kita adalah yg terbaik untuk kita..so konklusinya,kita peru reda dgn apa yg kita dapat..insyaallah,hati kita kan lebih tenang dan mensyukuri nikmat yg diberikan oleh YANG MAHA ESA...


oklah, kali ini ana nk kongsikan satu kisah yg berlaku kpada Saidina Ali dan isterinya,Fatimah.


Pada suatu hari,ketika Fatimah sdng mengandung lalubeliau mngidamkan tuk memkan buah epal..beliau menyuruh suaminya,Saidina Ali tuk membeli buah epal..pada ketika itu mereka tidak mempunyai wang.lalu dicari,da la sedikit wang tuk membeli epal tersebut.. Saidina Ali segera pergi membeli epal itu,beliau beli sebiji buah epal..dlm perjalan pulang,baginda berjumpa dgn seorng pengemis,lalu pengemis itu bertny kpd Saidina Ali..


" wahai Ali,apa yg ada didalam genggaman kamu itu?


Saidina Ali rasa bersalah hendak beri tahu atau tidak sbb buah epal itu ahnya ada satu ja tuk isterinya yg sdng mengidam itu..


pengemis itu berkata lagi,


"wahai Ali,aku sudah tujuh hari tak makn,tolong la berikan epal itu kpada aku "


saidina Ali berfikir : pengemis ini memerlukan epal ini berbanding isterinya,kerana dia tidak makan selama tujuh hari..


tanpa berfikir panjang,saidina Ali berikan epal itu kepada pengemis itu..kemudian meneruskan perjalanannya pulang kerumah.dlm perjalanan pulang,beliau berfikir bgaimana hendak membri tahu isterinya mengenai epal itu..


Pada masa yg sama da seorng dtng bertemu dgan rasulullah :


"Wahai rasulullah,ni aku bawakan 10 biji epal untuk disedekahkan kepada mu"


Rasulullah tidak menerima sedekah ttpi menerimah hadiah atau hibbah..lalu baginda menyuruh orng itu memberi sedekahnya kepada Saidina Ali dan Fatimah kerana mereka tidak kaya..


lalu orng tersebut segera pergi ke rumah Saidina Ali,pada waktu itu Fatimah ada dirumah..kemudian orng tersebut memberi sedekahnya kepada Fatimah,Fatimah menrima pemberian tersebut dgn menyangka bahawa buah2 epal itu pemberian drpd Saidina Ali .. beliau menyangka Saidina Ali menyuruh org itu menghantrkan buah epal itu kepadanya,sdng kan org tersebut mngatakan itu adalah sedekah drpdanya..dengan perasaan gembiranya,beliau memakan epal itu..


setelah beberapa ketika,Saidina Ali pun tiba dirumah,wajahnya risau hendak memberitahu Fatimah tentang peristiwa yg berlaku padanya..apabila beliau masuk kerumah,beliau melihat Fatimah sedang asyik memkan epal2 itu..beliau menjdi hairan..


Fatimah segera menyapa suaminya,lalu berkta kepada suaminya terima kasih kerana mebeli buah epal yg begitu bnyk kpd nya..Saidina Ali bertambah hairan..lalu menerangkan kepada Fatimah ttng apa yg berlaku kpdnya sms dlm perjalanan pulang..dan memberi tahu kepada faimah bahawa buah epal itu drpdnya..maka,Saidina Ali berkata mungkin dgn keikhlasannya memberi sebiji buah epal kepada pengemis itu,Allah membyarnya dengan 10 bji epal kepada Fatimah..


Subhanaallah,itulah kehebatan org yg bersifat ikhlas dlm kehidupannya..

Kisah Saidina Ali ini wajar di jadikan contoh kepada kta semua agar mengamalkan sifat ikhlas dlm setiap pekerjaan kita..


waallahua'alam.smoga kisah kali ini membri pengajaan buat kita semua insyaallah (^_^)

kita jumpa lain kali yer..t bwa cite lain lak..k..smga sukses dgn keja korang,jgn lupa wat keja kerana ALLAH,ikhlas kerana Allah,insyaallah kita akan berjaya kelak..


k.jumpa lgi..Assalamualaikum....






Sunday, March 20, 2011

Hinanya org yg meninggalkan solat..

Assalamualaikum buat semua pembaca..
Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi,kerna dgn rahmatnya kita masih di sini menghirup udara yg segar untuk meneruskan pengibadatan kita kpd Allah Subhanahuwataala.. Betapa kasihnya Allah kepada kita dgn membri kita pelbagai nikmat yg tidak terhingga seperti nikmat udara,tnpa meminta kita tuk membayar balik pa yg diberikan oleh -Nya kpda kita.. sbaliknya hanya mnyuruh kita mntaati perintah-Nya dan meninggalkan larangannya..


Andai kata kita tidak mentaati-Nya, ia tidak memberi kesan terhdp ALLAH, sbaliknya,kita yg akn menanggung azab di akhirat kelak.Begitu pun, andai kita mentaati Allah, ia tetap tidak membri kesan kpd-Nya,sebaliknya,kita yg akan mendpt balsan di akhirat kelak.Kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yg telah kita lakukan di dunia ini.




insyaallah kali ini ana nk kongsi satu cerita mengenai betapa hinanya org yg meninggalkan solat.


Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w , pada suatu hari seorng sahabat datang bertemu Rasulullah untuk bertanya kepada Baginda tentang kenapa rezekinya tidak mencukupi.( rezekinya tetap ada ttapi,tidak mncukupi ).. Lalu Rasulullah bertny kpada sahabat tersebut adakah dia tidak menunaikan solat?.. sahabat tersebut brkata dia tidak pernah meninggalkan solat..


Lalu Baginda brtny lgi sama ada isterinya( isteri sahabat tersebut ) ada meninggalkan solat?. Sahabat tersebut berkata isterinya tidak pernah meninggalkan solat kecuali ketika waktu yg tidak dibnrkan untuk wanita solat.Lalu baginda bertny lgi kpada sahabat tersebut, adakah anak-anakmu meninggalkan solat ? sahabat tersebut brkata anak2nya tidak pernah meninggalkan solat.. Rasulullah menjadi hairan,knapa org yg menunaikan solat tidak dimurahkan rezekinya..


Lalu malaikat Jibril membritahu Rasulullah supaya menyuruh sahabat trsebut memeriksa bumbung rumah mereka.Maka sahabat tersebut pergi memeriksa bumbung rumah mereka itu,lalu beliau menjmpai tulang di atas bumbung rumah mereka.


Rupa-Rupanya tulang tersebut kepunyaan manusia yg tidak menunaikan solat . Burung membawa daging org yg tidak menunaikan solat itu lalu memakannya diatas bumbung rumah sahabat tersebut.tulang daripada dging itu ditinggalkan diatas bumbung itu.Oleh sbb itulah,rezeki sahabat tersebut tidak dimurahkan oleh ALLAH,kerana terdapat tulang orng yg meninggalkan solat dlm kwasan rumah beliau..


Setelah dibersihkan tulang tersebut , rezeki sahabat itu pun makin banyak dah dimurahkan rezekinya.begitulah betapa hinanya org yg meninggalkan solat. Sehinggakan menjadi penyebab manusia lain tidak mendapt rahmat disisi ALLAH.


Oleh itu,ayuh kita berpesan2 lah kepada sahabat2 kita serta ahli keluarga kita dan jiran tetangga kita agar tidak meninggalkan solat kerana solat itu merupakan tiang agama.Solat jugalah perkara yg pertama akan dipersoalkan di akhirat kelak . Jika kita meninggalkan solat kita akan menanggung azab di akhirat kelak. Begitu juga sbaliknya,jika kita menunaikan solat,kita akan mmperoleh kelebihan di akhirat nnt.


Renung2kanlah,kisah yg ana bawa kali ini. smoga kisah ini membri manfaat kepada kita semua,insyaallah.


" sesiapa yg menunaikan solat,dia mendirikan agama,

sesiapa yg meninggalkan solat, dia seperti meruntuhkan agama. "


Sekian sahaja buat kali ini.kita berjumpa lagi nanti insyaallah.


doa2kan lah kejayaan ana dah sahabat ana yg nk ambik keputusan SPM esok ( 23 Mac 2011 ).. arap2 kami semua brjaya.. aamin..


smoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.. aamin

Thankz sbb membaca k.. :)

Sunday, February 20, 2011

Rahsia solat 5 waktu



Assalamualaikum..
pa khabar ? aku kt sini sihat2 je..hehe..
arap korng smua pun sihat2 gak k..




hampir sebulan menyepikan diri..skung aku rasa cm terpanggil tuk share something ngan korang..something?? wah,suspen ni..hehe..
mmg suspen pun..ari ni aku nk share ngan korang ttg rahsia solat 5 waktu yang kita sebagai umat ISLAM wajib lakukannya..




jom kita mulakan dgn solat




Subuh : Manusia yang pertama yang menunaikan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.. Baginda dikeluarkan dari syurga pada waktu malam yang gelap gelita.Apabila terbit fajar..baginda melihat cahaya sedikit,maka kurang la sedikit rsa ketakutan krana gelapnya malam..lalu baginda menunaikan solat dua rakaat..
rakaat pertama kerana bersyukur gelap gelita malam sudah tiada.
rakaat kedua kerana bersyukur pagi hari menjelma..




Zohor : Nabi Ibrahim a.s. adalah manusia yg pertama menunaikan solat Zohor.Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya,Nabi Ismail a.s. .Ketika ALLAH gantikan Nabi Ismail dgn kibash,sbb itulah Nabi Ibrahim menunaikan solat 4 rakaat.




Asar : Manusia pertama yg menunaikan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s..
Baginda menunaikan solat Asar ketika baginda dikeluarkan daripada perut ikan Nun.




Maghrib : Nabi Isa adalah manusia yg pertama menunaikan solat Maghrib.Peristiwa ini berlaku ketika Allah selamatkan baginda daripada kaumnya..




Isyak : Manusia yang pertama yg menunaikan solat isyak ialah Nabi Musa a.s.. ketika baginda keluar dripad tersesat dripada tmpat madyan..






Subhanaallah begitu hebat sejarah Solat kita ni kan..kesemua solat yg kta lakukan sekarang ni telah dilakukan oleh para nabi-nabi yg terdahulu. Yang kemudian kita warisi sehingga hari ni..tk mustahil lah bahawa solat ni merupakan perkara yg penting yg wajib kta lakukan sbagai seorng Muslim..




oleh itu , marilah teman2 ku,ayuh kita menjaga solat kita, dan sering mngajak kwan2 kita yg lain yg mungkin tidak solat kearah mardhatillah yakni redha ALLAH..semoga usaha kita yg sedikit ini mndpt blasan di akhirat kelak insyaallah..




* siapa yang menunaikan solat, dia mendirikan agama.
siapa yang tidak menunaikan solat,dia meruntuhkan agama. *
Sesungguhnya, HINA lah org yg meninggalkan solat..


Siapa yang tidak solat,seperti memutuskan hubungan dengan para Nabi dan Malaikat. kerana solat merupakan amalan para malaikat dan para Nabi kita.




Kisah manusia pertama yg menunaikan solat Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak itu dipetik daripada kitab Mun yatul Musollin.


Alhamdulillah..cukuplah sekadar ni k..t da kisah2 yg nk dikongsi, aku tulis kt sini k...thankz kpada yg sudi membaca artikel ana yag tk sberapa ni..Allahuyubarikfikum..insyaallah..



semoga artikel kali ini membantu kita semua tuk mencapai taraf khusyuk ketika mengerjakan solat,insyaallah..
k..jumpa lagi di lain waktu..Assalamualaikum..




*p/s : klu da pa2 yg nk share ngan ana,komen la kt blog ana k... :).. smile always... (^_^)














Wednesday, January 5, 2011

selamat datang 2011

assalamualaikum..
rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU' buat sidang pembaca..smoga tahun baru ni membawa sesuatu kejayaan dan kebahagian tuk kita semua..insyaallah.. :)

dah setahun kita lalui... tahun 2010 sekarang ni hanya tinggal sejarah..smoga pa yg berlaku pada tahun yg sudah dpt dijadikan sebagai batu loncatan untuk kita mengorak langkah kearah yg lebih cemerlang pada tahun 2011..

lupakan segala duka yg telah kita tempuhi..*jgn ulang balik kesalahan yg telah kita lakukan k *
jadikan kejayaan tahun 2010 agar membantu kita utk mncapai kejayaan yg lebih gemilang pda 2011..

harap2 korang dah wat plan tuk 2011 ni..da yg nk amik SPM,PMR n UPSR..huhu..* semua exam tu aku dah amik..hehe*.. da yg nk mula mncari kerja, da yg nk kahwin, da yg n kaya..semua tu adalah plan kita semua..tapi korang tk fikir ka??

bagaimana pula plan kita tuk akhirat,di saat kita kembali menhadap Allah...?
bagaimana?? sudahkah kita siap sedia tuk menepuhi alam barzakh!! adakah kita sudah siap sedia dengan amalan kita tuk dibawa menghadap ALLAH!! renungkanlah..

usahlah terlalu sibuk dengan dunia,kerana akhirat menanti kita..
alangkah beruntungnya kita jika kita pulang menghadap ilahi dengan membawa bekalan yg penuh..(pahala yg bnyk )
sedihnya jika kita membawa bekalan(pahala) yg sikit mnhadap ilahi..bagaimanakah keadaan kita waktu itu??

ayuhlah kawan2..kita renungkan bersama2..semoga usaha kita ini tuk berubah mndapat ganjaran di sisi-Nya..insyaallah..jadikanlah tahun ni lebih baik daripada tahun yg lepas..smoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah di samping dikurniakan ketuguhan iman ug kukuh..insyaallah..

k..cukuplah setakat itu..t kita jumpa lagi di lain waktu..insyaallah..

'aku redha bahawa Allah lah tuhan,dan islam itu agama ku, dan Nabi Muhammad itu rasulullah'

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah skuad kebangsaan Malaysia!!

tag :skuad kebangsaan MALAYSIA



Tahniah di ucapkan buat skuad kebangsaan negara kita yg berjaya memenangi PIALA AFF tuk tahun 2010 ni..

inilah hadiah paling bahagia buat peminat dan penyokong bola sepak tanah air..semoga selepas ni skuad negara terus maju ke taraf antarabangsa seterusnya gah di mata dunia..insyaallah..



buat skuad indonesia..tahniah juga buat anda semua kerana berjaya memenangi perlawanan kedua di sana..namun rezeki tidak menyebelahi anda..ok..



buat penyokong kedua-dua buah negara..sudah2 la perbalahan antara kita..kurang kan la fitnah menfitanh antara kita.. * sesungguhnya dosa menfitnah itu lebih besar dripada dosa membunuh( ayat al-quran) *..kita juga jgn salah menyalahi antara sesama kita..adat permainan,pastinya ada yg menang n da yg kalah kn..



pasti rakyat malaysia berbangga dgn pencapaian skuad negara..kita nantikan piala AFF di bumi Malaysia nanti..tahniah!!! takbir!!!!

KAMI BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA!!!






tag : safee sali- penjaring gol negara..

Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">