Friday, October 9, 2009

Solat Membentuk Insan Mulia

1)Solat dari segi bahasa bermaksud doa dan dari segi istilah syarak pula membawa maksud perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan Takbirratul Ihram dan di sudahi dengan salam berdasarkan syarat-syarat tertentu.Ia adalah salah satu daripada rukun Islam.

2)Solat berbeza dengan rukun Islam yang lain kerana ia wajib dilakukan oleh setiap mukalaf walau di mana berada dan dalam keadaan apa sekali pun.Cuma,kaedah pelaksanaan solat mungkin berbeza antara satu keadaan dengan keadaan yang lain seperti di benarkan solat dalam keadaan duduk,berbaring dan seumpamanya.

3)Umat Islam mesti memiliki sifat sabar dalam melaksanakan solat kerana tanpa sifat sabar,solat pasti akan diabaikan dan akan dianggap sebagai beban.

4)Solat yang khusyuk dan sempurna dapat membantu seseorang menjadi muslim yang sejati kerana ia dapat mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar.

5)Seorang mukmin akan merasakan bahawa solat adalah sesuatu yang mudah dilakukan dengan reda hati manakala seorang munafik pula merasakan ia sebagai beban kehidupan dan sukar untuk dilakukan.

6)Antara ciri orang munafik ialah malas untuk melakukan solat atau suka lambatkan solat jika dilakukan pula ia hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7)Bersamalah kita menjauhi sifat-sifat orang munafik dan sebaliknya kita berbesar hati untuk menunaikan solat di mana sahaja kita berada.

8)Antara kelebihan menunaikan solat ialah:-
a)Mendapat keberkatan dan kejayaan dalam hidup.
b)Bebas diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
c)Mendapat balasan syurga ALLAH dan terhalang daripada api neraka.
d)Murah rezeki.
e)Memilih jiwa yang tenang tanpa keluh kesah.

dipetik daripada risalah edaran Masjid Negeri Pulau Pinang.

Friday, October 2, 2009

Al-Quran Melahirkan Umat Cemerlang

1. Bulan Ramadhan adalah sinonim dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Nuzul Al-QURAN yang berlaku pada malam 17 Ramadhan manakala ayat "iqra" sebagai pembuka wahyu ALLAH.

2. Al-quran adalah sumber ajaran Islam dan menjadi teras kepada pembangunan tamadun manusia.Ia adalah petunjuk jalan hidup yang praktikal,progresif dan damai.

3. Penurunan al-quran juga memberi tambah nilai dan membina kualiti hidup manusia.

4. Al-quran juga pencetus kepada pelbagai sumber ilmu seperti Ilmu Hisab,ilmu falak,ilmu sains dan teknologi,ilmu psikologi dan sebagainya.

5. Al-quran memberi petunjunk kearah kebenaran.

6. Al-quran memberi rahmat kepada seluruh alam



dipetik drpada : risalah edaran masjid negeri pulau pinang

Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">