Friday, August 6, 2010
Bulan - Bulan ISLAM
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :
Muharram : Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar : Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir : Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir : Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab : Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.
Syabaan : Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan : Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal : Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah : Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zulhijjah : Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.
Tuesday, June 8, 2010
Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie
Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie
Saturday, May 15, 2010
Apakah Balasan Kita kepada IBU ??
http://www.iluvislam.com/
dihantar oleh: syahrizaleditor: azzahra_solehah
Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam. Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah. Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Tuesday, April 13, 2010
kisah bdk spm


Friday, April 9, 2010
Sambungan
Sunday, March 28, 2010
Kem Kepemimpinan SMASH 2010
5 Tanggungjawab sebagai seorang khalifah :
-mesti beribadat kepada ALLAH
-memakmurkan bumi
-menuntut ilmu.
-amal ma'ruf nahi mungkar(wat baik,cegah kemungkaran)
-memelihara diri (jgn melakukan kebinasaan kpd diri)
_________________________________________________
selepas itu,kami perlu berada dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan yng diberi..
kumpulan 2 a.k.a kumpulan aku dapat tajuk"masalah 'prep' pelajar asrama"
kami perlu membentangkan nya pada keesokan hari..
selepas dapt tugasan kami bergerak mnuju dorm untuk tidor..
apa yang fifikir hanya bantal dan tilam..letih sgt..
lps membersihkan diri kami pun tidor..
__________________________________________________
Hari ke-2
Kami bangun seawal jam 3.45 pagi..wah2 semngat tul pemimpin2 SMASH..untuk melakukan qiamullail di surau.
Qiamullail kami di ketuai oleh Us. Syukri.
slps solat subuh kami mendengar kuliah subuh yng dismpaikan tuan pengetua,Tuan SYED BAHAROM B. SYED HUSSIN.Kami mendengar dengan khusyuk.walaupun ada yng telah SHAHID( maknanya tido).
oklah korang stakat ni sahaja yang sempat aku tulis.
ada lagi smbungan dia..tunggu tau..
assalamualaikum

Tuesday, March 16, 2010
Nukilan Penulis..
fuh!!lama betul tk tulis sendiri kt blog aku ni..asyik copy n paste je..huhu..korang jgn salah sangka lak..jgn fikir aku ni pemalas..aku cuma perlu masa untuk menulis..kadang-kadang ada kekangan masa yang tidak dapat dielakkan..so tk leh la tulis selalu..lagi SPM pun semakin hampir ..bak kata inggeris it's around the corner..*wah2..berbahasa inggeris lak..*
SpM...baru-baru ni..result SpM 2009..dikeluarkan..tahniah wat semua yang mengambil result tu..next year kami lak yang akan amik result tu..hehe..harap-harap dapat best result..*aamin*..
and tk lupa juga wat putra2 al-mashoor yang amik result SpM baru2 ni..tahniah di ucapkan..
asyik2 dok ucap tahniah ja..tk kn benda ni ja kot..
aku nk ajak korang semua fikir kejap..kita as student apa yang patut kita wat for our parent?study hard?don't make any problem to them?or....
sebab pa kena study hard?? nk keja..?? or nk dpt duit??
cikgu aku ckp.."kamu jgn la bangga sgt ngan pakaian kamu yg cantik tu,handfone kamu yang canggih tu ..sbb itu semua bukan milik kamu..kamu just mcm mengemis..kamu meminta sesuatu kepada mak or ayah kamu..kamu mengemis,kalau mak or ayah kamu bagi sesuatu,tapi kamu tk minta,your parent doing charity to you..bila dah besar,you have work..korang beli 'SELIPAR JEPUN' dgn duit hasil usaha dan titik peluh kamu sendiri...itu baru milik kamu.."
betul ka??korang fikir apa??
so..kesimpulannya..jgn la bngga sngt dengan apa yang kita ada..bersyukur lah dengan apa yang kita ada..bantulah diri kita,parent kita,family kita.
cikgu aku cakap lagi:"kalau kamu miskin harta,kamu tetap perlukan ilmu,kerana untuk meningkatkan harta kamu..(maksudnya:tk stay dlm keadaan susah tuk selama2nya)..
kalau kamu dah kaya dengan harta..kamu tetap perlukan ilmu,supaya harta kamu diuruskan dgn baik,dan people cannot cheat you.."(sbb skrng ni banyk orng yang amik kesempatan dalam kesempitan manusia lain*aku tambah tau*)..
aku harp nukilan aku kali ini memberi sedikit ilmu buat korang semua..marilah kita sama2 berfikir dalam menjamin kecemerlngan di dunia dan di akhirat..
Nabi bersabda:sesiapa yang nk berjaya di dunia,dia kena berilmu.
sesiapa yang nk berjaya di akhirat,dia kena berilmu.
sesiapa yang nk berjaya di dunia dan di akhirat,dia kena berilmu.
kesimpulan nya..ilmu amat penting untuk kita semua..
jumpa lagi di lain masa..doakan kejayaan aku n semua student smka al-mashoor(L/P)..
'smash strive for excellence'
waallahua'lam..
assalamualaikum..(^_^)..see you again..
Award !!
