Wednesday, January 5, 2011

selamat datang 2011

assalamualaikum..
rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU' buat sidang pembaca..smoga tahun baru ni membawa sesuatu kejayaan dan kebahagian tuk kita semua..insyaallah.. :)

dah setahun kita lalui... tahun 2010 sekarang ni hanya tinggal sejarah..smoga pa yg berlaku pada tahun yg sudah dpt dijadikan sebagai batu loncatan untuk kita mengorak langkah kearah yg lebih cemerlang pada tahun 2011..

lupakan segala duka yg telah kita tempuhi..*jgn ulang balik kesalahan yg telah kita lakukan k *
jadikan kejayaan tahun 2010 agar membantu kita utk mncapai kejayaan yg lebih gemilang pda 2011..

harap2 korang dah wat plan tuk 2011 ni..da yg nk amik SPM,PMR n UPSR..huhu..* semua exam tu aku dah amik..hehe*.. da yg nk mula mncari kerja, da yg nk kahwin, da yg n kaya..semua tu adalah plan kita semua..tapi korang tk fikir ka??

bagaimana pula plan kita tuk akhirat,di saat kita kembali menhadap Allah...?
bagaimana?? sudahkah kita siap sedia tuk menepuhi alam barzakh!! adakah kita sudah siap sedia dengan amalan kita tuk dibawa menghadap ALLAH!! renungkanlah..

usahlah terlalu sibuk dengan dunia,kerana akhirat menanti kita..
alangkah beruntungnya kita jika kita pulang menghadap ilahi dengan membawa bekalan yg penuh..(pahala yg bnyk )
sedihnya jika kita membawa bekalan(pahala) yg sikit mnhadap ilahi..bagaimanakah keadaan kita waktu itu??

ayuhlah kawan2..kita renungkan bersama2..semoga usaha kita ini tuk berubah mndapat ganjaran di sisi-Nya..insyaallah..jadikanlah tahun ni lebih baik daripada tahun yg lepas..smoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah di samping dikurniakan ketuguhan iman ug kukuh..insyaallah..

k..cukuplah setakat itu..t kita jumpa lagi di lain waktu..insyaallah..

'aku redha bahawa Allah lah tuhan,dan islam itu agama ku, dan Nabi Muhammad itu rasulullah'

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah skuad kebangsaan Malaysia!!

tag :skuad kebangsaan MALAYSIA



Tahniah di ucapkan buat skuad kebangsaan negara kita yg berjaya memenangi PIALA AFF tuk tahun 2010 ni..

inilah hadiah paling bahagia buat peminat dan penyokong bola sepak tanah air..semoga selepas ni skuad negara terus maju ke taraf antarabangsa seterusnya gah di mata dunia..insyaallah..



buat skuad indonesia..tahniah juga buat anda semua kerana berjaya memenangi perlawanan kedua di sana..namun rezeki tidak menyebelahi anda..ok..



buat penyokong kedua-dua buah negara..sudah2 la perbalahan antara kita..kurang kan la fitnah menfitanh antara kita.. * sesungguhnya dosa menfitnah itu lebih besar dripada dosa membunuh( ayat al-quran) *..kita juga jgn salah menyalahi antara sesama kita..adat permainan,pastinya ada yg menang n da yg kalah kn..



pasti rakyat malaysia berbangga dgn pencapaian skuad negara..kita nantikan piala AFF di bumi Malaysia nanti..tahniah!!! takbir!!!!

KAMI BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA!!!






tag : safee sali- penjaring gol negara..

Friday, December 17, 2010

Akhirnya..

Akhirnya..
aku masuk balik dlm bidang blogger ni..huhu..* happy*
lamanya aku tk tulis kt blog ni..lps ni may be free ..so leh la nk ber*bloging ni..

lgi pun SPM pun dah abih..( MERDEKA!!!)..tp dpt result bwu la merdeka..hope sgt aku n kwn2 dpt result yg the best among the best..insyaallah..

tanggal 23 nov 2010 hingga 16 dis 2010..satu tempoh masa yg agak lama gak la.. tau tk masa tu pa yg berlaku?? adeh..SPM lorh.. mcm2 peristiwa berlaku.. yg happy jawab soklan... da yg tk happy tk leh jwab..tu semua kehidupan sewak2 SPM..aku?? tk yah tny la..hehe.. :)

11 paper telah selamat aku khatamkan..fuh..2 tahun strugle ngan exam.. penah fail dlm exam..huhu.. kna mrah sbb fail fizik..haha..semua hny kenangan.. klu leh aku nk ingat semua tu..harap2 sgt..

skung aku dok recall blik crita2 aku masa form 1, form 2 , form3 , form4 n form 5..
kdng2 2 aku gelak n tersenyum..fikir2 blik best gak bljr kt skola..
bru aku sdar yg next year maybe aku dah tak pakai uniform sekolah..* sedih *..
nmpaknya lepas ni aku kna plan la nk wat pa kn..nk KEJA or nk sambung study??

all in my mind..hopefully, aku wat keputusan yg the best kn..
k..lah..cukup la stakat ni..
ni bwu mukaddimah ja..
t smbung len k..
chow dulu..
assalamualaikum..

(^_^)

Friday, August 6, 2010

Bulan - Bulan ISLAM

Allah SWT berfirman yang bermaksud : (Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). Surah Al-Taubah : 36.....................................


Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram : Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar : Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir : Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir : Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab : Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syabaan : Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.


Ramadhan : Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.


Syawal : Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.


Zulkaedah : Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.


Zulhijjah : Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Tuesday, June 8, 2010

Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie


Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie
Dihantar Oleh: akrimimathawaEditor: RosNiza Abdullah
Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Saturday, May 15, 2010

Apakah Balasan Kita kepada IBU ??

APAKAH BALASAN KITA PADA IBU??
http://www.iluvislam.com/
dihantar oleh: syahrizaleditor: azzahra_solehah

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam. Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah. Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH." Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita. Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita. Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE." Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan. Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!" Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!" Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!" Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!" Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera. Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Tuesday, April 13, 2010

kisah bdk spm






Asslamualaikum w.b.t



kali nk tulis pa lak..



ermm..



spm is around the corner..



tulah ungkapan yang sesuai untuk bdk2 yang amik spm ta'on 2010..



bdk A: wey!!SPM nk mai dah!!!..



Bdk spm: so,apa yang nk kena wat??



Bdk A:apa yang nk kena wat?? wat pandai la..



bdk spm: tk yah wat..kami dah pandai..



bdk A:mai nk test tgk..



bdk spm: sila oh sila..



bdk A:apakah resonance??



bdk spm: haha(gelak sakan)..tk da ka soklan yang susah skit drpada yang ni...


bg soklan len la..tk mencabar langsung..



Bdk A: sng sgt ka?ok aku tny lagi..apakah maksud perkahwinan dlm subjek syariah (form 5)



Bdk spm: la bab kahwin ang tny kt aku..sng sgt..t nk kawin aku jawab..ko ni bg la soklan yang lagi mencabar skit..ish2..



bdk A: ok2..last soalan aku tny kt ang..apakah yang di maksudkan dngan spm??aku sure soalan sng kt ang..tp aku still tny kt ang..nk prove kehebatan ang sbgi calon spm 2010..



bdk spm: spm tu sijil pelajaran malaysia..ko tk yah bg jwpn pun aku dah tau betul kn..



bdk A : salah...



bdk spm:apsal lak salah??*pening lagi mengelirukan*



bdk A : dlm satu konteks..jwpn ko betul..tp dlm konteks lain jwpn ko kurang tepat..



bdk spm : aarrhh..abis 2 apa jwpn nya..??



bdk A: jwapan nya ialah sijil padang mahsyar adalah spm yang bakal dilalui oleh setiap insan yang bergelar manusia..klu spm dunia kita boleh dpat straight A+..why not,SPM akhirat kita juga dpt straight A+..btol tk ..



bdk spm : *insaf*..insyaallah..kita mengejar kejayaan duniawi dah ukhrawi..





"INGAT LAH TEMAN..SEHEBAT MANA KITA BERADA..Setinggi mana taraf yang kita miliki ingat lah..ia hny sementara.."


walaupun kita hebat dgn ilmu..tp jgn mnghina org yang brtny kpada kita..sbaliknya mngajarnya dgn ikhlas..


insyaallah,ilmu kita akan bertambah..




sama2lah kita mngejar A+ untuk spm 2010 ni n spm ukhrawi nanti..insyaallah..




walaupun kita mengejar ilmu dunia..jgn lupa ilmu akhirat iaitu ilmu fardhu ain..


ia hendak lah selari bergerak bersma agar kita tidak terpesong jauh dari agama..




waallahua'alam..




wasalam..






*sapa2 nk jwb soalan yang dikemukakan oleh bdk A..leh la jwb..coment on my blog..(^_^)*












Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">