Monday, November 16, 2009

Doa seorang ibu

Daripada Abu Hurairah R.A berkata,Rasulullah SAW telah bercerita:Juraij adalah seorang ahli ibada.Dia telah menyediakan sebuah tempat khusus baginya beribadah.Pada suatu hari,ibunya telah datang ke tempat dia beribadah.Sambil meletakkan kedua-dua tapak tangan di atas keningnya dan mengangkat kepalanya seraya berkata,"Wahai Juraij!Aku adalah ibumu,berbual-buallah denganku."

Kebetulan Juraij sedang bersolat pada ketika itu.Dia berkata dalam hatinya,"Wahai Tuhanku!Adakah aku perlu menyahut panggilan ibuku ataupun meneruskan solatku?"

Dia mengambil keputusan meneruskan solatnya.Kemudian,ibunya pulang.Selepas itu,ibunya datang lagi buat kali kedua seraya berkata,"Wahai Juraij!Aku adalah ibumu.Berbual-buallah denganku."

Juraij berkata dalam hatinya,"Ya Allah!Ibuku atau solatku yang perlu aku utamakan?"

Dia memilih meneruskan solatnya.Lalu ibunya berkata,"Ya Allah! Juraij adalah anakku.Sesungguhnya,aku ingin berbual-bual dengannya.Namun,dia enggan berbual-bual denganku.Ya Allah! Janganlah engkau matikannya sehingga dia dilihat di kalangan wanita-wanita lacur."

Sabda Rasulullah SAW:Sekiranya ibunya mendoakan supaya dia difitnah,nescaya terfitnahlah dia.

Suatu hari,seorang penggembala kambing datang ke tempat Juraij beribadat.Disamping tiu,hadir juga seorang wanita jahat dari kampung itu.Berlakulah perbuatan terkutuk di antara wanita itu dengan penggembala kambing tadi sehingga dia mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.Lalu ditanya kepada perempuan itu,"Siapakah bapa anak ini?"

Perempuan itu menjawab,"Bapanya adalah penghuni rumah ibadat ini."

Kemudian,orang ramai datang ke tempat di mana Juraij beribadah dengan membawa kapak dan cangkul lantas memanggilnya.Kebetulan pada ketika itu dia sedang bersolat dan dia tidak dapat bercakap dengan mereka.Maka orang ramai meruntuhkan rumah ibadatnya.Tatkala dia melihat hal itu,dia turun dari rumah ibadatnya lalu mendapatkan mereka.Orang ramai berkata kepadanya,"Tanyalah kepada perempuan itu wahai Juraij!"

Juraij tersenyum.Kemudian,dia menyapu kepala kanak-kanak itu seraya bertanya,"Siapa sebenarnya bapa kamu?"

Kanak-kanak itu menjawab,"Bapaku yang sebenar ialah si penggembala kambing."

Apabila mendengar jawapan kanak-kanak itu,mereka semua berasa menyesal.Mereka lalu berkata."Kami akan membina semula rumah ibadatmu,wahai Juraij.Kami akan bina daripada emas dan perak."

Juraij berkata."Tidak!tetapi,jika kamu ingin membinanya,binalah dengan tanah sebagaimana asalnya."

(Sahih al-bukhari 4/404:Sahih Muslim:4625:Musnad Ahmad:7726)

"jadi,wahai saudaraku taatlah perintah ibu dan bapa kita serta suruhan daripada Allah"

"sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu"

No comments:

Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">