Sunday, March 20, 2011

Hinanya org yg meninggalkan solat..

Assalamualaikum buat semua pembaca..
Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi,kerna dgn rahmatnya kita masih di sini menghirup udara yg segar untuk meneruskan pengibadatan kita kpd Allah Subhanahuwataala.. Betapa kasihnya Allah kepada kita dgn membri kita pelbagai nikmat yg tidak terhingga seperti nikmat udara,tnpa meminta kita tuk membayar balik pa yg diberikan oleh -Nya kpda kita.. sbaliknya hanya mnyuruh kita mntaati perintah-Nya dan meninggalkan larangannya..


Andai kata kita tidak mentaati-Nya, ia tidak memberi kesan terhdp ALLAH, sbaliknya,kita yg akn menanggung azab di akhirat kelak.Begitu pun, andai kita mentaati Allah, ia tetap tidak membri kesan kpd-Nya,sebaliknya,kita yg akan mendpt balsan di akhirat kelak.Kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yg telah kita lakukan di dunia ini.




insyaallah kali ini ana nk kongsi satu cerita mengenai betapa hinanya org yg meninggalkan solat.


Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w , pada suatu hari seorng sahabat datang bertemu Rasulullah untuk bertanya kepada Baginda tentang kenapa rezekinya tidak mencukupi.( rezekinya tetap ada ttapi,tidak mncukupi ).. Lalu Rasulullah bertny kpada sahabat tersebut adakah dia tidak menunaikan solat?.. sahabat tersebut brkata dia tidak pernah meninggalkan solat..


Lalu Baginda brtny lgi sama ada isterinya( isteri sahabat tersebut ) ada meninggalkan solat?. Sahabat tersebut berkata isterinya tidak pernah meninggalkan solat kecuali ketika waktu yg tidak dibnrkan untuk wanita solat.Lalu baginda bertny lgi kpada sahabat tersebut, adakah anak-anakmu meninggalkan solat ? sahabat tersebut brkata anak2nya tidak pernah meninggalkan solat.. Rasulullah menjadi hairan,knapa org yg menunaikan solat tidak dimurahkan rezekinya..


Lalu malaikat Jibril membritahu Rasulullah supaya menyuruh sahabat trsebut memeriksa bumbung rumah mereka.Maka sahabat tersebut pergi memeriksa bumbung rumah mereka itu,lalu beliau menjmpai tulang di atas bumbung rumah mereka.


Rupa-Rupanya tulang tersebut kepunyaan manusia yg tidak menunaikan solat . Burung membawa daging org yg tidak menunaikan solat itu lalu memakannya diatas bumbung rumah sahabat tersebut.tulang daripada dging itu ditinggalkan diatas bumbung itu.Oleh sbb itulah,rezeki sahabat tersebut tidak dimurahkan oleh ALLAH,kerana terdapat tulang orng yg meninggalkan solat dlm kwasan rumah beliau..


Setelah dibersihkan tulang tersebut , rezeki sahabat itu pun makin banyak dah dimurahkan rezekinya.begitulah betapa hinanya org yg meninggalkan solat. Sehinggakan menjadi penyebab manusia lain tidak mendapt rahmat disisi ALLAH.


Oleh itu,ayuh kita berpesan2 lah kepada sahabat2 kita serta ahli keluarga kita dan jiran tetangga kita agar tidak meninggalkan solat kerana solat itu merupakan tiang agama.Solat jugalah perkara yg pertama akan dipersoalkan di akhirat kelak . Jika kita meninggalkan solat kita akan menanggung azab di akhirat kelak. Begitu juga sbaliknya,jika kita menunaikan solat,kita akan mmperoleh kelebihan di akhirat nnt.


Renung2kanlah,kisah yg ana bawa kali ini. smoga kisah ini membri manfaat kepada kita semua,insyaallah.


" sesiapa yg menunaikan solat,dia mendirikan agama,

sesiapa yg meninggalkan solat, dia seperti meruntuhkan agama. "


Sekian sahaja buat kali ini.kita berjumpa lagi nanti insyaallah.


doa2kan lah kejayaan ana dah sahabat ana yg nk ambik keputusan SPM esok ( 23 Mac 2011 ).. arap2 kami semua brjaya.. aamin..


smoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.. aamin

Thankz sbb membaca k.. :)

Sunday, February 20, 2011

Rahsia solat 5 waktu



Assalamualaikum..
pa khabar ? aku kt sini sihat2 je..hehe..
arap korng smua pun sihat2 gak k..




hampir sebulan menyepikan diri..skung aku rasa cm terpanggil tuk share something ngan korang..something?? wah,suspen ni..hehe..
mmg suspen pun..ari ni aku nk share ngan korang ttg rahsia solat 5 waktu yang kita sebagai umat ISLAM wajib lakukannya..




jom kita mulakan dgn solat




Subuh : Manusia yang pertama yang menunaikan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.. Baginda dikeluarkan dari syurga pada waktu malam yang gelap gelita.Apabila terbit fajar..baginda melihat cahaya sedikit,maka kurang la sedikit rsa ketakutan krana gelapnya malam..lalu baginda menunaikan solat dua rakaat..
rakaat pertama kerana bersyukur gelap gelita malam sudah tiada.
rakaat kedua kerana bersyukur pagi hari menjelma..




Zohor : Nabi Ibrahim a.s. adalah manusia yg pertama menunaikan solat Zohor.Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya,Nabi Ismail a.s. .Ketika ALLAH gantikan Nabi Ismail dgn kibash,sbb itulah Nabi Ibrahim menunaikan solat 4 rakaat.




Asar : Manusia pertama yg menunaikan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s..
Baginda menunaikan solat Asar ketika baginda dikeluarkan daripada perut ikan Nun.




Maghrib : Nabi Isa adalah manusia yg pertama menunaikan solat Maghrib.Peristiwa ini berlaku ketika Allah selamatkan baginda daripada kaumnya..




Isyak : Manusia yang pertama yg menunaikan solat isyak ialah Nabi Musa a.s.. ketika baginda keluar dripad tersesat dripada tmpat madyan..






Subhanaallah begitu hebat sejarah Solat kita ni kan..kesemua solat yg kta lakukan sekarang ni telah dilakukan oleh para nabi-nabi yg terdahulu. Yang kemudian kita warisi sehingga hari ni..tk mustahil lah bahawa solat ni merupakan perkara yg penting yg wajib kta lakukan sbagai seorng Muslim..




oleh itu , marilah teman2 ku,ayuh kita menjaga solat kita, dan sering mngajak kwan2 kita yg lain yg mungkin tidak solat kearah mardhatillah yakni redha ALLAH..semoga usaha kita yg sedikit ini mndpt blasan di akhirat kelak insyaallah..




* siapa yang menunaikan solat, dia mendirikan agama.
siapa yang tidak menunaikan solat,dia meruntuhkan agama. *
Sesungguhnya, HINA lah org yg meninggalkan solat..


Siapa yang tidak solat,seperti memutuskan hubungan dengan para Nabi dan Malaikat. kerana solat merupakan amalan para malaikat dan para Nabi kita.




Kisah manusia pertama yg menunaikan solat Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak itu dipetik daripada kitab Mun yatul Musollin.


Alhamdulillah..cukuplah sekadar ni k..t da kisah2 yg nk dikongsi, aku tulis kt sini k...thankz kpada yg sudi membaca artikel ana yag tk sberapa ni..Allahuyubarikfikum..insyaallah..



semoga artikel kali ini membantu kita semua tuk mencapai taraf khusyuk ketika mengerjakan solat,insyaallah..
k..jumpa lagi di lain waktu..Assalamualaikum..




*p/s : klu da pa2 yg nk share ngan ana,komen la kt blog ana k... :).. smile always... (^_^)














Wednesday, January 5, 2011

selamat datang 2011

assalamualaikum..
rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU' buat sidang pembaca..smoga tahun baru ni membawa sesuatu kejayaan dan kebahagian tuk kita semua..insyaallah.. :)

dah setahun kita lalui... tahun 2010 sekarang ni hanya tinggal sejarah..smoga pa yg berlaku pada tahun yg sudah dpt dijadikan sebagai batu loncatan untuk kita mengorak langkah kearah yg lebih cemerlang pada tahun 2011..

lupakan segala duka yg telah kita tempuhi..*jgn ulang balik kesalahan yg telah kita lakukan k *
jadikan kejayaan tahun 2010 agar membantu kita utk mncapai kejayaan yg lebih gemilang pda 2011..

harap2 korang dah wat plan tuk 2011 ni..da yg nk amik SPM,PMR n UPSR..huhu..* semua exam tu aku dah amik..hehe*.. da yg nk mula mncari kerja, da yg nk kahwin, da yg n kaya..semua tu adalah plan kita semua..tapi korang tk fikir ka??

bagaimana pula plan kita tuk akhirat,di saat kita kembali menhadap Allah...?
bagaimana?? sudahkah kita siap sedia tuk menepuhi alam barzakh!! adakah kita sudah siap sedia dengan amalan kita tuk dibawa menghadap ALLAH!! renungkanlah..

usahlah terlalu sibuk dengan dunia,kerana akhirat menanti kita..
alangkah beruntungnya kita jika kita pulang menghadap ilahi dengan membawa bekalan yg penuh..(pahala yg bnyk )
sedihnya jika kita membawa bekalan(pahala) yg sikit mnhadap ilahi..bagaimanakah keadaan kita waktu itu??

ayuhlah kawan2..kita renungkan bersama2..semoga usaha kita ini tuk berubah mndapat ganjaran di sisi-Nya..insyaallah..jadikanlah tahun ni lebih baik daripada tahun yg lepas..smoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah di samping dikurniakan ketuguhan iman ug kukuh..insyaallah..

k..cukuplah setakat itu..t kita jumpa lagi di lain waktu..insyaallah..

'aku redha bahawa Allah lah tuhan,dan islam itu agama ku, dan Nabi Muhammad itu rasulullah'

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah skuad kebangsaan Malaysia!!

tag :skuad kebangsaan MALAYSIA



Tahniah di ucapkan buat skuad kebangsaan negara kita yg berjaya memenangi PIALA AFF tuk tahun 2010 ni..

inilah hadiah paling bahagia buat peminat dan penyokong bola sepak tanah air..semoga selepas ni skuad negara terus maju ke taraf antarabangsa seterusnya gah di mata dunia..insyaallah..



buat skuad indonesia..tahniah juga buat anda semua kerana berjaya memenangi perlawanan kedua di sana..namun rezeki tidak menyebelahi anda..ok..



buat penyokong kedua-dua buah negara..sudah2 la perbalahan antara kita..kurang kan la fitnah menfitanh antara kita.. * sesungguhnya dosa menfitnah itu lebih besar dripada dosa membunuh( ayat al-quran) *..kita juga jgn salah menyalahi antara sesama kita..adat permainan,pastinya ada yg menang n da yg kalah kn..



pasti rakyat malaysia berbangga dgn pencapaian skuad negara..kita nantikan piala AFF di bumi Malaysia nanti..tahniah!!! takbir!!!!

KAMI BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA!!!






tag : safee sali- penjaring gol negara..

Friday, December 17, 2010

Akhirnya..

Akhirnya..
aku masuk balik dlm bidang blogger ni..huhu..* happy*
lamanya aku tk tulis kt blog ni..lps ni may be free ..so leh la nk ber*bloging ni..

lgi pun SPM pun dah abih..( MERDEKA!!!)..tp dpt result bwu la merdeka..hope sgt aku n kwn2 dpt result yg the best among the best..insyaallah..

tanggal 23 nov 2010 hingga 16 dis 2010..satu tempoh masa yg agak lama gak la.. tau tk masa tu pa yg berlaku?? adeh..SPM lorh.. mcm2 peristiwa berlaku.. yg happy jawab soklan... da yg tk happy tk leh jwab..tu semua kehidupan sewak2 SPM..aku?? tk yah tny la..hehe.. :)

11 paper telah selamat aku khatamkan..fuh..2 tahun strugle ngan exam.. penah fail dlm exam..huhu.. kna mrah sbb fail fizik..haha..semua hny kenangan.. klu leh aku nk ingat semua tu..harap2 sgt..

skung aku dok recall blik crita2 aku masa form 1, form 2 , form3 , form4 n form 5..
kdng2 2 aku gelak n tersenyum..fikir2 blik best gak bljr kt skola..
bru aku sdar yg next year maybe aku dah tak pakai uniform sekolah..* sedih *..
nmpaknya lepas ni aku kna plan la nk wat pa kn..nk KEJA or nk sambung study??

all in my mind..hopefully, aku wat keputusan yg the best kn..
k..lah..cukup la stakat ni..
ni bwu mukaddimah ja..
t smbung len k..
chow dulu..
assalamualaikum..

(^_^)

Friday, August 6, 2010

Bulan - Bulan ISLAM

Allah SWT berfirman yang bermaksud : (Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). Surah Al-Taubah : 36.....................................


Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram : Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar : Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir : Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir : Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab : Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syabaan : Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.


Ramadhan : Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.


Syawal : Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.


Zulkaedah : Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.


Zulhijjah : Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Tuesday, June 8, 2010

Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie


Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie
Dihantar Oleh: akrimimathawaEditor: RosNiza Abdullah
Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">