Sunday, December 27, 2009

kisah..

Pada suatu hari, seorang wanita bertudung pergi ke kedai baju untuk membeli sepasang baju kurung.





Tidak lama kemudian, datanglah seorang wanita beragama islam yang berpakaian seksi. Dia memakai baju tidak berlengan dan mini skirt. Wanita itu mula-mulanya ingin bertanya tentang rupanya sama ada cantik atau hodoh.

Walaupun wanita bertudung itu tidak suka akan cara wanita berpakaian seksi itu, tetapi dia tetap berkata ¿CANTIK¿¿

Selepas itu, mereka berbual. Apabila wanita bertudung itu menyebut nama ALLAH, wanita berpakaian seksi itu pun berkata ¿SAYA TIDAK PERCAYA ALLAH¿

Wanita bertudung itu hairan lalu bertanya.

Wanita berpakaian seksi itu menarik tangan wanita bertudung lalu menunjuk ke arah jalan raya. Wanita berpakaian seksi itu berkata ¿KALAU ALLAH WUJUD, TUNJUKKAN SAYA DI MANA DIA BERADA!¿



Wanita bertudung itu berhenti lalu berfikir.



Ketika itu, angin bertiup kencang. Wanita bertudung itu mendapat akal, dia berkata ¿KITA MEMANG TIDAK TAHU DI MANA ALLAH, TETAPI SAYA AKAN BUKTIKAN BAHAWA ALLAH ITU WUJUD.¿

Wanita berpakaian seksi itu melihat wanita bertudung itu sambil tersenyum.

Wanita bertudung itu kata, ¿DAPATKAH KAMU MERASAKAN ANGIN YANG SEDANG BERTIUP KENCANG?¿

¿YE, KENAPA?¿ Jawab si wanita yang seksi itu

¿BAIKLAH, DAPATKAH KAMU MELIHAT ANGIN ITU?¿ Tanya wanita bertudung itu.

¿SUDAH TENTULAH TIDAK.¿ Jawab si wanita yang seksi itu.

¿YES! THAT¿S THE POINT!¿ Kata wanita bertudung itu dengan kuat.

¿AKU TAK FAHAMLAH¿ Wanita yang seksi itu kelihatan buntu.

¿KAMU DAPAT MERASAKAN ANGIN, TAPI TIDAK DAPAT MELIHAT ANGIN ITU. SAMA JUGA DENGAN ALLAH, JIKALAU KAMU PERCAYA AKAN-NYA DAN CUBA MENJADI MANUSIA YANG SOLEHAH, KAMU AKAN MERASAKAN KEWUJUDAN ALLAH.¿ Jelas wanita bertudung itu.

¿OK, SAYA AKAN CUBA MENJADI MANUSIA YANG SOLEHAH. APAPUN, TERIMA KASIH, YE.¿ Wanita berpakaian seksi itu senyum.



Sejak hari itu mereka menjadi sahabat yang baik.

Saturday, December 26, 2009

2009

entahla..hidup ini kejap indah kejap tk..
tp yng pasti as manusia kita mesti terus kan hidup kita walaupun ada bnyk halangan yg menghalang kita.Life must be go on..wah2 speaking lak aku nie.haha..kadang2 aku terfikir knp hidup ini hanya sementara.knp dunia ini dikata hanya stesen R n R ja?
akhirnya,persoalan itu terjawab..setiap manusia akan melalui satu alam selepas alam dunia in iaitu alam barzakh.setiap manusia akan disoal apa yng tlah kita lakukn..

2009 hampir berlalu..

aku nk tny..

tahun ni apa yng dh aku wat?
apa ya?

main,bljr,exam,or berangan2..

*rasanya semua tu cm ada ja*

haha..

aku rasa tahun 2009 merupakan tahun duka bg sesetgh orng dan merupakan tahun gembira wat sesetngh org juga.

tahun nie kami sekeluarga kehilangan seorng ahli kami iaitu tok cik aku,yng pergi menghadap ilahi,2 hari sblm ramadhan..

apa nk kata?kita sbgi manusia hnya mampu menerima qada' dan qadar yng tlh di tentukan oleh-Nya.Tahun 2009 bnyk mengajar aku bhw umur aku tlh meningkat *umur aku skrng ni*rahsia* haha..bnyk yng perlu difikirkan..aku tk leh nk berfikiran kebudkkan lagi..cm nk main2 dlm pelajaran,wat endah tk endah dgn nasihat orng..aku nk exam next year *kena study la*..nk ckp apa lagi itulah asam garam 2009..pelbagai pengalaman yang aku lalui spnjng tahun nie..klu nk cite kt korang sure tk cukup space kn..pengalam pahit manis dilalu ibrsama ahli keluarga dan teman2 aku..

apabila difikirkn betul kata orng2 tua,pengalaman merupakan guru kita dlm menempuh kehidupan kn.pengalaman mengajar kita agr tidak mengulangi perkara yg dianggap sebagai yang teruk.."it not going happen again" pengalaman juga mendewasa diri aku..yang akan mengambil salah satu peperiksaan terbesar dlm diri seorang pelajar..*SPM la sng ckp*..takot tol..rasa takut nk amik SPM tk sama ngan masa nk amik PMR dulu..huuh..

korang doakn la aku ya..supaya berjaya dlm SPM next year..

ermm nk ckp pa lgi..aku harap pengalamn yng kita terima tahun 2009 dpt mnolong kita untk mmenempuh kejayaan di tahun 2010.

Buat parents..thankz for evrything...i'll try my best for the exam ..

buat kawan di skolah or member lama aku..aku harp 2010 kita akn wat terbaik untk hidup kita.tahun SPM kita.. smga berjaya dpt best result..

thankz 2 all..

have nice 2009

and 2010 to..

says bye to 2009
says hye to 2010

kita tutup buku 2009,buka buku 2010..

waallahua'alam

assalamualaikum

Monday, November 16, 2009

Doa seorang ibu

Daripada Abu Hurairah R.A berkata,Rasulullah SAW telah bercerita:Juraij adalah seorang ahli ibada.Dia telah menyediakan sebuah tempat khusus baginya beribadah.Pada suatu hari,ibunya telah datang ke tempat dia beribadah.Sambil meletakkan kedua-dua tapak tangan di atas keningnya dan mengangkat kepalanya seraya berkata,"Wahai Juraij!Aku adalah ibumu,berbual-buallah denganku."

Kebetulan Juraij sedang bersolat pada ketika itu.Dia berkata dalam hatinya,"Wahai Tuhanku!Adakah aku perlu menyahut panggilan ibuku ataupun meneruskan solatku?"

Dia mengambil keputusan meneruskan solatnya.Kemudian,ibunya pulang.Selepas itu,ibunya datang lagi buat kali kedua seraya berkata,"Wahai Juraij!Aku adalah ibumu.Berbual-buallah denganku."

Juraij berkata dalam hatinya,"Ya Allah!Ibuku atau solatku yang perlu aku utamakan?"

Dia memilih meneruskan solatnya.Lalu ibunya berkata,"Ya Allah! Juraij adalah anakku.Sesungguhnya,aku ingin berbual-bual dengannya.Namun,dia enggan berbual-bual denganku.Ya Allah! Janganlah engkau matikannya sehingga dia dilihat di kalangan wanita-wanita lacur."

Sabda Rasulullah SAW:Sekiranya ibunya mendoakan supaya dia difitnah,nescaya terfitnahlah dia.

Suatu hari,seorang penggembala kambing datang ke tempat Juraij beribadat.Disamping tiu,hadir juga seorang wanita jahat dari kampung itu.Berlakulah perbuatan terkutuk di antara wanita itu dengan penggembala kambing tadi sehingga dia mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.Lalu ditanya kepada perempuan itu,"Siapakah bapa anak ini?"

Perempuan itu menjawab,"Bapanya adalah penghuni rumah ibadat ini."

Kemudian,orang ramai datang ke tempat di mana Juraij beribadah dengan membawa kapak dan cangkul lantas memanggilnya.Kebetulan pada ketika itu dia sedang bersolat dan dia tidak dapat bercakap dengan mereka.Maka orang ramai meruntuhkan rumah ibadatnya.Tatkala dia melihat hal itu,dia turun dari rumah ibadatnya lalu mendapatkan mereka.Orang ramai berkata kepadanya,"Tanyalah kepada perempuan itu wahai Juraij!"

Juraij tersenyum.Kemudian,dia menyapu kepala kanak-kanak itu seraya bertanya,"Siapa sebenarnya bapa kamu?"

Kanak-kanak itu menjawab,"Bapaku yang sebenar ialah si penggembala kambing."

Apabila mendengar jawapan kanak-kanak itu,mereka semua berasa menyesal.Mereka lalu berkata."Kami akan membina semula rumah ibadatmu,wahai Juraij.Kami akan bina daripada emas dan perak."

Juraij berkata."Tidak!tetapi,jika kamu ingin membinanya,binalah dengan tanah sebagaimana asalnya."

(Sahih al-bukhari 4/404:Sahih Muslim:4625:Musnad Ahmad:7726)

"jadi,wahai saudaraku taatlah perintah ibu dan bapa kita serta suruhan daripada Allah"

"sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu"

Renungkanlah

kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Friday, October 9, 2009

Solat Membentuk Insan Mulia

1)Solat dari segi bahasa bermaksud doa dan dari segi istilah syarak pula membawa maksud perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan Takbirratul Ihram dan di sudahi dengan salam berdasarkan syarat-syarat tertentu.Ia adalah salah satu daripada rukun Islam.

2)Solat berbeza dengan rukun Islam yang lain kerana ia wajib dilakukan oleh setiap mukalaf walau di mana berada dan dalam keadaan apa sekali pun.Cuma,kaedah pelaksanaan solat mungkin berbeza antara satu keadaan dengan keadaan yang lain seperti di benarkan solat dalam keadaan duduk,berbaring dan seumpamanya.

3)Umat Islam mesti memiliki sifat sabar dalam melaksanakan solat kerana tanpa sifat sabar,solat pasti akan diabaikan dan akan dianggap sebagai beban.

4)Solat yang khusyuk dan sempurna dapat membantu seseorang menjadi muslim yang sejati kerana ia dapat mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar.

5)Seorang mukmin akan merasakan bahawa solat adalah sesuatu yang mudah dilakukan dengan reda hati manakala seorang munafik pula merasakan ia sebagai beban kehidupan dan sukar untuk dilakukan.

6)Antara ciri orang munafik ialah malas untuk melakukan solat atau suka lambatkan solat jika dilakukan pula ia hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7)Bersamalah kita menjauhi sifat-sifat orang munafik dan sebaliknya kita berbesar hati untuk menunaikan solat di mana sahaja kita berada.

8)Antara kelebihan menunaikan solat ialah:-
a)Mendapat keberkatan dan kejayaan dalam hidup.
b)Bebas diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
c)Mendapat balasan syurga ALLAH dan terhalang daripada api neraka.
d)Murah rezeki.
e)Memilih jiwa yang tenang tanpa keluh kesah.

dipetik daripada risalah edaran Masjid Negeri Pulau Pinang.

Friday, October 2, 2009

Al-Quran Melahirkan Umat Cemerlang

1. Bulan Ramadhan adalah sinonim dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Nuzul Al-QURAN yang berlaku pada malam 17 Ramadhan manakala ayat "iqra" sebagai pembuka wahyu ALLAH.

2. Al-quran adalah sumber ajaran Islam dan menjadi teras kepada pembangunan tamadun manusia.Ia adalah petunjuk jalan hidup yang praktikal,progresif dan damai.

3. Penurunan al-quran juga memberi tambah nilai dan membina kualiti hidup manusia.

4. Al-quran juga pencetus kepada pelbagai sumber ilmu seperti Ilmu Hisab,ilmu falak,ilmu sains dan teknologi,ilmu psikologi dan sebagainya.

5. Al-quran memberi petunjunk kearah kebenaran.

6. Al-quran memberi rahmat kepada seluruh alam



dipetik drpada : risalah edaran masjid negeri pulau pinang

Friday, September 4, 2009

Ubaidillah bin Qawari r.a.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Dalam masa ini, diri ini terasa nak beri tazkirah pada diri sendiri dan orang lain yang bergelar muslim atau muslimat..

Dalam buku Hidup Ibadat karya Ustaz Hj. Fadzil Hj.Ahmad, ada satu carita yang sangat menarik yg ingin diri ini kongsi bersama para pembaca sekalian semoga menjadi pedoman untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri..

Dalam sebuah kitab yang bernama KITABUL KABAIR, terdapat sebuah cerita tentang Ubaidillah bin Qawairi R.A bahawa pada suatu malam beliau dikunjungi oleh seorang tetamu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat sembahyang Isya’ berjemaah sedangkan beliau tidak pernah walaupun sekali meninggalkan jemaah Isya’nya..

Oleh itu, beliau keluar ke Basrah untuk mencari mana2 masjid yang boleh tumpang berjemaah, tetapi malang sekali semua orang sudah sembahyang dan masjid2 pula telah dikunci. Lantas, beliau pulang ke rumah lalu menunaikan solat Isya’ sebanyak 27 kali kerana beliau ingat hadith Rasullullah SAW yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah itu pahalanya 27 kali ganda.

Selepas sembahyang, Ubaidillah pun tidur lalu Allah memberikan kepada beliau mimpi di mana beliau bersama suatu kaum yang sedang menunggang kuda dan mereka pula berlumba-lumba. Beliau sendiri menuggang kudanya sepantas yang mungkin tetapi tidak dapat menyamai dan mengejar kumpulan tersebut. Salah seorang daripada kumpulan itu berkata kepadanya walaubagaimana laju kudanya, tidak akan dapat menyamai kumpulan tersebut kerana beliau tidak menunaikan solat Isya’ secara berjemaah.

Maha Suci Allah yang sungguh adil dalam segala hal.. saya harap kisah ini akan menjadi teladan kepada diri saya sendiri dan para pembaca..

Sama2lah kita amalkan solat berjemaah.. bukan solat Isya’ sahaja tetapi jika mampu kita berjemaah untuk kelima-lima waktu solat..

Seperti yang selalu saya ingatkan, biarlah ibadah kita ikhlas kepad Allah.. biarlah Allah yang menentukan pahala dan dosa yang selayaknya untuk kita.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu… wassalam

Tq..

-PENJAGA TERPUJI

Award !!

http://kasihkuhanyauntukislam.blogspot.com/" target="_blank">